Monday, February 23, 2009

JANGAN TERPEDAYA

ADAKAH SKIM CEPAT KAYA MEMBANTU ATAU MEMUSNAHKAN HIDUP???? Adakah anda tahu Skim Cepat Kaya bertentangan dengan undang-undang??

Kini, pelbagai jenis Skim Cepat Kaya telah dihebahkan oleh media cetak mahupun media elektronik. Kebanyakan perniagaan yang dijalankan adalah berbentuk skim smartpartnership di mana ahli-ahli menjadi rakan kongsi kepada perniagaan yang dijalankan. Kebanyakan mereka menggunakan konsep yang sama iaitu dengan melabur sejumlah modal, membuat pusingan modal dengan menggunakan ahli yang ramai.
Walaupun kegiatan ini mendatangkan kerugian dan pelbagai masalah, tetapi masih ada dikalangan mereka yang masih terpengaruh dengan kegiatan ini. Di sini, kami terpanggil untuk mendedahkan keburukan, hukuman dan akibat bagi mereka yang terjebak dengan kegiatan Skim Cepat Kaya ini.
Namun begitu, terdapat juga beberapa persoalan yang masih lagi berlegar-legar…Antaranya, Walaupun Skim Cepat Kaya masih wujud sehingga kini, TETAPI mengapa kegiatan ini masih berleluasa sehingga kini TANPA tindakan yang sekeras-kerasnya oleh pihak yang berkuasa??? Malahan, kegiatan ini sudah menjadi aktiviti utama bagi kakitangan kerajaan.. Bukti?? Lihatlah bukti yang terdapat di blog kami, di mana menunjukkan kegiatan Skim Cepat Kaya yang masih lagi berleluasa sewenang-wenangnya..
Anda janganlah mudah terpengaruh dengan Skim Cepat Kaya kerana kegiatan ini juga mendatangkan keburukan. Kami juga mahukan anda memberikan pandangan mengenai Skim Cepat Kaya ini….
"JANGAN HANYA MENGEJAR KEKAYAAN SEHINGGA MENGHANCURKAN KEBAHAGIAAN……. "

Sunday, February 22, 2009

kami cuma nak kaya...apa salahnya??

  • kami pun cuma nak dedahkan apa yang berlaku jika anda cuma nak kaya..
  • kami cuma nak anda tahu kesan jika anda cuma nak kaya..
  • ADAKAH SKIM CEPAT KAYA MEMBANTU ATAU MEMUSNAHKAN HIDUP??